Tuesday 26 July 2011

Seminar Menjana Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2011

Seminar Menjana Kecemerlangan Pendidikan Terengganu anjuran bersama Majlis Guru Cemerlang Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah diadakan pada 25 Jun 2011, hari Sabtu bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang. Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan, iaitu kertas kerja tentang Peranan dan Cabaran Guru Cemerlang yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zabiddin bin Embong daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu dan Tuan Haji Jaafar bin Bajuri, Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Terengganu yang berbicara tentang "Peranan Guru Cemerlang Dalam Menjana Kecemerlangan Pendidikan Terengganu".

Majlis perasmian penutup dan ucaptama telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu.