Tuesday 11 October 2011

Buku Terbitan MGCM: Inovasi dan Kreativiti Menjana Transformasi Pendidikan: Idea P&P Guru Cemerlang dan Antologi Cerpen "Taman Kasihku"

Majlis Guru Cemerlang Malaysia akan menerbitkan 2 buah buku iaitu  Inovasi dan Kreativiti Menjana Transformasi Pendidikan: Idea P&P Guru Cemerlang dan Antologi Cerpen "Taman Kasihku". Buku-buku ini akan dilancarkan pada Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2011 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Oktober di Jitra, Kedah.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku-buku tersebut lebih awal, bolehlah menghubungi Cikgu Azizul Rahman bin Abdul Rahman, No.7, Jalan Baung, Taman Bintang, 83500 Parit Sulong, Johor. Nombor telefon: 012-7373690.

Saturday 1 October 2011

Mesyuarat Pengurusan Guru Cemerlang Terengganu 1/2011

YDP MGC Terengganu
Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa MGC Terengganu telah diadakan pada 25 September 2011, bertempat di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pelajaran Terengganu.

Senarai AJK:

Penaung : Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu, JPNT
Penasihat: Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT
Penasihat: Tuan Haji Wan Hizan Wan Hassan, Ketua Nazir Negeri Terengganu, JNJK
Penyelaras GC: Tuan Haji Zabiddin bin Embong, JNJK

Yang Dipertua: Tuan Haji Che Malek bin Mamat, SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu
Naib YDP 1: En Mohd Zamri bin Abdullah, SMK Badrul Alam Shah, Kemaman
Naib YDP 2 : Tuan Haji Pakri bin Abidin, SMK Tengku Mahmud, Besut
Setiausaha 1: En Wan Mohd Annuar bin Wan Musa, SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun
Setiausaha 2: En. Awang bin Harun, SMK Saujana, Setiu
Bendahari : Puan Majidah binti Muhammad, SMK Menerong, Hulu Terengganu

Ahli Jawatankuasa:
1. En Hamid bin Daud, SMK Tengku Lela Segara, Marang
2. Pn Hjh Fariza Nurbaya binti Muhammad, SMK Putra, Besut
3. Pn Hjh Norkhatimah Ismail, SMK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
4. Puan Hamisah binti Abdul Wahab, SK Banggol, Setiu
5. Puan Rohana Saarani, SMK Paka, Dungun
6. En Kamal bin Draman, SK Bukit Payong, Marang
7. En Kamal bin Abdullah, SK Kijal, Kemaman
8. Cik Fatihah binti Abd Kadir, SMK Matang, Hulu Terengganu

Antara agenda yang dibincangkan ialah;

1. Edaran buku terbaharu terbitan MGCM,
2. Pembentukan biro/ jawatankuasa,
3. Aktiviti tahunan MGC Terengganu, dan
4. Pembahagian tugas ahli jawatankuasa pada Persidangan Majlis Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di IAB Utara, Jitra pada 21 hingga 24 Oktober 2011 nanti.

Tuesday 26 July 2011

Seminar Menjana Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2011

Seminar Menjana Kecemerlangan Pendidikan Terengganu anjuran bersama Majlis Guru Cemerlang Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah diadakan pada 25 Jun 2011, hari Sabtu bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang. Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan, iaitu kertas kerja tentang Peranan dan Cabaran Guru Cemerlang yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zabiddin bin Embong daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu dan Tuan Haji Jaafar bin Bajuri, Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Terengganu yang berbicara tentang "Peranan Guru Cemerlang Dalam Menjana Kecemerlangan Pendidikan Terengganu".

Majlis perasmian penutup dan ucaptama telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu.

Sunday 2 January 2011

Buku Harian Rasmi Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Buku Strategi Pengajaran Guru Cemerlang

Selamat Tahun baru kepada semua Guru Cemerlang Malaysia terutama Guru-guru Cemerlang Negeri Terengganu. Semua Guru Cemerlang dikehendaki mendapatkan Buku Harian Rasmi Guru Cemerlang yang diterbitkan oleh MGCM dengan segera daripada Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Daerah masing-masing, atau berhubung terus dengan Yang Dipertua MGC Terengganu, Tuan Haji Jaafar bin Bajuri, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Harga buku harian ialah RM18.00 dan harga buku Strategi Pengajaran Guru Cemerlang RM32.00. Sama-samalah kita menyokong aktiviti Majlis Guru Cemerlang Malaysia dengan membeli buku-buku terbitan MGCM. Terima kasih.

Saturday 1 January 2011

Selamat datang ke Blog Majlis Guru Cemerlang Terengganu

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing. Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993). Pada tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”. Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”. Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins".